Selamat sejahtera semua.
Kali ini saya mahu menulis dalam Bahasa Melayu sekali lagi kerana orang yang saya sayang ni tak baca pun apa yang saya tulis.
Tadi balik kerja dalam keadaan penat.
Balik balik buka Facebook.
Buka buka Facebook, NAH!
Banyaknya gambar tagged si dia itu.
Saya ingatkan apa, rupanya ada event.
Saya ingat dia keluar pergi bersosial ka apa lah tadi.
Tak apalah.
Tengok la profile member member dia.
Ada gambar gambar dia lagi.
Tapi itu gambar lama lah.
Gambar dia pergi ke Pulau Pinang untuk buat 'assignment' tu.
Gambar apa yang ada dalam tu?
Tak banyak.
Ada gambar dia dengan member member, gambar dia posing depan kereta 'old school' dan gambar gambar mereka berkaraoke.
Apa?!
Karaoke?!
Ya.
Macam yang saya dah cerita dekat Kak Mun, saya lebih suka perempuan kampung.
Kenapa?
Perempuan kampung lebih simple dan pandai menjaga tatasusila mereka.
Secara jujurnya, saya tak suka perempuan yang suka bersosial (ramai kawan kawan lelaki itu tak apa) dan berkerjaya.
Kenapa?
Perempuan yang bersosial lebih mudah untuk terjebak dalam dunia kehancuran.
Kenapa saya tak suka perempuan berkerjaya?
Sebab anak anak dan kerja di rumah akan terabai.
Cuba anda semua fikirkan betul betul.
Anda mahu anak anak kita hancur kerana kita mengabaikan tanggungjawab kita?
Orang yang sepatutnya memberikan pembelajaran kepada anak adalah kita sendiri.
Cikgu memberi pembelajaran untuk diri mereka mencapai cita cita.
Tapi pengajaran yang mereka peroleh dari kita adalah untuk berjaya dalam kehidupan.
Ok, kembali kepada tajuk.
Saya mengaku banyak kali dah.
Saya ni seorang yang kuat CEMBURU.
Bayangkan anda ni saya.
Anda ternampak banyak gambar gambar si dia dengan member member dia yang bercampur laki dan perempuan.
Apa yang anda tengok dulu?
Mesti lah dia kan?
Seterusnya orang yang di sebelahnya.
Kan?
Bila kita tengok sebelah dia ada lelaki yang kita tak kenal lepas itu duduk rapat rapat.
Apa yang anda akan rasa?
Mesti lah CEMBURU, kan?
Ok, mungkin tidak sebab anda bukan macam saya.
Patutkah saya sambung panjang panjang?
Tak perlu rasanya.
Sekian.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletesama apa?
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletemau dok relax.
ReplyDelete