Sorry to my English viewers (if there's any), but this is in my language and to my people.
Check out my other blogs.
Okay, di sini saya nak berbahasa Melayu lah sikit.
Ini kali pertamalah saya berbahasa Melayu dalam blog saya ni.
Saya akan menggunakan bahasa buku berana saya tak suka shortform.
Merosakkan bahasa dan bangsa Melayu di dunia sejagat.
Okay.
Di sini saya nak memaki hamun sikitlah kan fasal apa yang berlaku kat dalam hidup saya sekarang ni.
Perkara pertama adalah, hal kekasih saya (awek) yang berlaku kira kira dua hari lepas.
Anda semua sepatutnya sudah tahu bahawa beliau pergi ke Pulau Pinang seperti yang saya tulis dalam blog sebelum sebelum ni.
Ok, apa yang saya tak puas hati?
Saya tulis dalam bahasa Melayu ni supaya semua boleh faham.
Sebab dah banyak kali saya tulis tapi ada yang tak faham.
Saya dah tak larat nak bermetafora lagi, jadi saya akan terus teranglah.
Saya masih tak faham kenapa beliau perlu pergi ke Pulau Pinang sebenarnya.
Alasan yang diberi hanya bertulis "tempat assignment tak boleh sama".
Sampai sekarang saya tak faham benda tu.
Jadi, kalau sesiapa faham tu tolong terangkan.
Lagi satu, saya tahu ini adalah kerja kumpulan (group work katanya), tapi apa yang saya tak setuju fasal tu adalah percampuran lelaki dan perempuan.
Kenapa?
Sebab saya jeles?
YA!
Saya dah cakap saya akan terus terang.OK?
Bukan sebab itu saja.
Disebabkan orang yang saya sayang tu adalah perempuan (saya bukan homoseksual ya) jadi, saya tak percayakan seorang lelaki pun yang berada di sekitar beliau walaupun kawan saya sendiri.
Kenapa?
Nafsu lelaki sangatlah berbahaya.
Kenapa saya cakap macam itu?
Saya lelaki, saya tahu.
Seterusnya, saya tak tahu jalan jalan di Pulau Pinang.
Kalau ada apa apa hal, saya tak boleh pergi tolong.
Saya ni bukanlah orang yang kuat imannya, tapi saya tak suka percampuran lelaki dan perempuan macam tu.
Saya agak terkejut.
Bukan agak tapi memang terkejut selepas mendapati ramai dari kalangan kawan kawannya adalah lelaki (yang pergi ke Pulau Pinang).
Cuba anda bayangkan.
Bagaimana kalau lelaki lelaki tersebut adalah orang yang bukan orang yang baik?
Apa akan terjadi?
Anda fikirkan sendiri.
Saya yang berada jauh dari mereka dan terutama sekali dari orang yang saya cintai itu tidak boleh berbuat apa apa dan hanya boleh menyesali insiden tersebut.
Mungkin anda dan kamu (orang yang tercinta) terfikir, "Alah, kau ni over ja. Mereka itu kawan saya. Saya percaya dengan mereka."
Ini saya nak bagi tahu, kamu ingat tak lagi apa yang berlaku kepada saya pada tahun lepas?
Kejadian yang menyebabkan saya merana seumur hidup disebabkan terlalu PERCAYA.
Ingat?!
Ingat lah!
Ya, saya mengongkong!
Ya, saya kuat cemburu!
Tapi, setelah saya memberi tahu banyak kali, kamu seolah olah tidak mengendahkannya.
Ok, sudah fasal tu.
Kemudian, apakah kamu berasa seronok berbuat hal sedemikian?
Dalam Facebook kamu saya tengok seronok tak sudah ya.
Ingatlah pada nasihat saya.
Hubungan kita tak stabil.
Kenapa kamu lebih pentingkan hal hal berikut berbanding hal hubungan kita?
Oh ya.
Kamu buat kerja.
Kamu ada banyak tugasan dari pensyarah pensyarah yang jarang masuk ke kuliah.
Baiklah.
Saya faham sangat sangat lah keadaan kamu itu.
Sebelum ia terlambat.
Kamu fikirkanlah.
Peluang sentiasa saya berikan.
Jangan sampai saya tutup peluang itu.
Pilihlah jalan yang kamu mahukan.
Jika tidak maka tidaklah.
Semua demi kebaikkan semua pihak.
Sampai di situ sahaja ucapan dalam bahasa Melayu saya dalam blog ini.
Jumpa di lain hari di lain masa.
Sekian.
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih kerana memahami. :)
ReplyDelete